Majlis Pelupusan Barang Kes Sisik Tenggiling
06 December 2018
​Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Jabatan Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia hari ini melupuskan 2.8 tan sisik tenggiling dianggarkan bernilai lebih RM36 juta.

Pelupusan itu merupakan komitmen Malaysia membanteras perdagangan haram hidupan liar selaras hasil Illegal Wildlife Trade Conference yg dihadiri oleh Menteri di London baru-baru ini.

Majlis Pelupusan Barang Kes Sisik Tenggiling yang disempurnakan oleh Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli YB Dr Xavier Jayakumar telah diadakan di Pusat Kualiti Alam, Seremban.

Tenggiling merupakan hidupan liar yang terancam dan dilindungi sepenuh di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dan disenaraikan sebagai Appendix I di bawah CITES.

Populasi ini diancam aktiviti jenayah seperti pemburuan haram, penyeludupan hidupan liar dan kawasan perlindungan. Ia juga diburu sebagai makanan eksotik dan dipercayai sebagai bahan dalam perubatan tradisional.


 



Attachments